Friday 2 August 2013

Selamat Berjuang !!!

Bismillah....

Assalamualaikum wbt...

Hidup ini hanya SEKALI
Hiduplah dengan penuh erti...

Ternyata BENAR !!!

Hidup di dunia ini hanya SEKALI
maka....
hiduplah dengan PENUH ERTI
agar peluang hidup yang SEKALI ini...
dimanfaat penuh makna...

Bermimpilah untuk melakukan kebaikan dengan sebanyak-banyaknya
walau ia mungkin melangkaui garisan usiamu...

KERANA

di sisiNya  niat untuk melakukan KEBAIKAN yang memberatkan MIZAN (timbangan)
apatah lagi jelmaan amalnya...

Apakah kita tidak ingin diseru nanti...
dengan panggilan mulia...

sumber google

Wahai jiwa-jiwa yang tenang dipelawa pulang dengan penuh makna...
Pulanglah kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai
dan masuklah ke dalam syurgaku...

(Al-Fajr: 27-30)

Kadangkala di sepanjang garis usia kita...
memang akan ada UJIAN merentangi IMPIAN dan RINDU kepada cintaNya...
Namun tika saat itu hadir dalam hidupmu saudaraku,
TABAH dan BERTEGUHLAH dengan
KEBAIKAN & KEBENARAN...

Allah did not promise that life would be easy for us,
but He did promise that He will always be by our side,
in every step we take, as long as we are in this path...
seeking and hoping...
dying to gain His Love and Mercy...


Thursday 24 January 2013

.: Lukisan Rindu :.



Salam Maulidur Rasul...


sebuah lagu yang menyentuh hati dari kumpulan Are buddy.. yang menceritakan tentang cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w. :)


bila tiba hari Maulud Nabi saw... jOm sama-sama kita banyakkan selawat dan tak perlu menyambutnya 
dengan pelbagai bentuk sambutan like berarak...

p/s: sila 'pause' dulu lagu kt bwh ea... ^_^

Wednesday 23 January 2013

Lewatkan Solat ??

Assalamualaikum... (^_^.)

Lama dah rasanya tak jenguk blog ni... :) jadi tengah saya lapang2 nie, saje nak share sesuatu yang boleh diambil manfaat... jOm2~~ =')


Rupa-rupanya ada cerita kalau kite lewatkan sembahyang kita ea...
Jika berpuasa... amalan kita direct terus padaNya, tapi jika bersembahyang ada posmen pulak untuk hantar amalan kita padaNYA.

Kisahnya...
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi untuk sampaikan amalan kita ia melalui tol2 di setiap lapisan langit
Di mana setiap penjaga tol, kroni Malaikat jugak...
Jika sembahyang di awal waktu tolnya "free"
Sekatan tol tiada, tiada "jam"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan...

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
tapi sekatannya
MasyaAllah...

Di langit pertama,
penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen Malaikat kita minta diberi laluan.
Tetapi penjaga langit pertama tak heran
dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka... Jatuh berderai...
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-2.

Di langit ke-2...
samalah juga
Bebelan Malaikat kerana lewat hantar amalan
merayu lagi kawan kita
tak dipedulinya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi jatuh berderai lagi...
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.

Di langit ke-3...
laaa... kene basuh lagi malaikat posmen kita kenapa lewat hantar amalan tersebut
tiada kompromi terus dibaling amalan kita jatuh berderai amalan kita tak de nilai...
dan tak ade lagi dikutip dan dirayu lagi...

Maka...
tak sampailah amalan kita kepada Allah...

**jangan sengaja lewatkan solat... Allah tak suka...
Kalau tertido lain cerita...


"Peliharalah urusan solat kita... dan yakinlah nescaya segala urusan dunia kita terjaga"
#sekadar perkongsian bersama... kdg2 diri ini juga sering terbabas... )=