Sunday 11 January 2015

Two Days One Juz (TDOJ)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t


Lama rasanya tak post something kat blog nie. Dah berkarat bebeno rasanya. :) Eh ade ke orang yang membaca nya. haha. Biar tak ade orang nak baca pun tapi aku boleh baca time aku rasa aku nak baca. hihi. 

Okay. Kali ini aku nak cerita pengalaman aku sepanjang mengikuti group TDOJ hinggalah sekarang ni. Asalnya, group ODOJ a.k.a 'One Day One Juz' tapi atas sebab kekangan dan kesulitan yang dihadapi oleh setiap ahli kumpulan tersebut termasuklah hamba Allah yang menulis ni untuk menyelesaikan taklifan yang diberi terpaksa diubah mengikut terma dan kondisi. Maka jadilah 'Two Days One Juz'. Itu pun kadang-kadang aku gagal melaksanakan dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Allahhh... Huhu

Macam mana aku boleh join group TDOJ ni?? Meh sini nak khabo... Semuanya bermula bila aku join group usrah muslimat 1 kawasan ni. So, dari sini la bermulanya tugasan TDOJ di samping menghadiri usrah mingguan or bulanan dan aktiviti-aktiviti lain. 

Ada relevan nya jugak tugasan ni bila aku dok pikir-pikir dan menungkan. Kalau nak harapkan diri sendiri untuk menghabiskan sehari atau dua hari satu juz secara istiqamah adalah amat berat bagi aku. Even nak baca sehari semuka helaian al-Quran pun belum tentu aku konsisten. Dengan wujudnya group ni dapatlah aku mendisiplinkan diri untuk membaca & mentadabbur ayat-ayat al-Quran dari semasa ke semasa. Apa-apa pun group TDOJ ni adalah wasilah untuk aku lebih istiqamah dan selalu mendampingi al-Quran di samping memperbaiki diri ke arah kebaikan dan bukan lah untuk riya' aku dah baca atau khatam berapa banyak. (mohon dijauhkan sifat ini ya Allah)

As bro Aiman Azlan said in his book, 'if solah (prayer) is how we talk to Allah, then through the Quran is how Allah talks to us. When we talk with the one we love, that is definitely a sweet experience.'

Lepas masing-masing selesai menyempurnakan task, kami akan update dalam group whatsapp. Kalau ada di antara kami yang tak dapat selesaikan, bantuan CPR akan diberikan kepada mereka yang perlu. Ini lah yang dinamakan ukhwah fillah, even antara kami dah berjauhan, ade yang tercampak ke Sabah, Sarawak dan lain2 tempat tapi tugasan tetap dilaksanakan. Moga amalan ini berterusan dan menjadi amalan yang memberatkan mizan kebaikan di akhirat kelak. Amin.

sumber google